[VIDEO] PH yakin menang lima hingga enam kerusi di utara Johor

Dari kiri; Naim, Abdullah, Syed Ibrahim, Yoong Thau, Azmi, Subramani ketika sidang akhbar bersama lima calon PKR di Sungai Balang, Muar pada Sabtu.
Dari kiri; Naim, Abdullah, Syed Ibrahim, Yoong Thau, Azmi, Subramani ketika sidang akhbar bersama lima calon PKR di Sungai Balang, Muar pada Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Pakatan Harapan (PH) di zon utara yakin akan memenangi lima hingga enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia kerana kemampuan dan peluang itu terpampang luas kerana kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) dahulu.

“Kemenangan dulu atas nama PH tetapi dengan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini diguna pakai untuk PRN Johor.

“Jadi berdasarkan kepada analisis yang kita buat, kegunaan logo ini bagi kerusi-kerusi calon yang ada bawah PKR dengan kegunaan logo ini ada peningkatan sedikit lebih lima peratus.

“Lima peratus ini yang akan meningkat disebabkan penggunaan logo PKR,” katanya dalam satu sidang media bersama lima calon PKR di Sungai Balang, Muar, pada Sabtu.

Turut hadir, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap; C Subramani; Gambir, Naim Jusri; Pemanis, Yoong Thau; Sri Medan, Azmi Masrani dan Sungai Balang, Abdullah Sahid.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, kerusi dimenangi dahulu adalah kerusi yang diberikan sokongan kepada aspirasi dan manifesto dibawa PH yang didukung oleh rakyat.

Tambahnya, dengan aspirasi itu, mereka menjangkakan ia akan masih memberi kelebihan kepada parti yang bertanding di bawah PH.

Artikel Berkaitan:

“Sebab itu bukan sahaja PKR saya tengok, kita juga ada Amanah, DAP yang bertanding menggunakan logo PH.

“Saya rasa di sebelah utara ini kita boleh ambil lima hingga enam kerusi kalau kita betul-betul sebagai PH, tidak mustahil perkara itu berlaku,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua parti mempunyai ‘fighting chance’ masing-masing untuk memenangi PRN kali ini dengan banyak pertembungan penjuru.

“Apabila ada banyak pertembungan banyak penjuru, betul ada yang cakap pecah undi sebagainya tetapi tidak akan ada yang dominan dan saya pasti ia tidak akan berlaku seperti di Melaka.

“Kita nak tengok tidak ada parti yang betul-betul dominan tetapi ada yang akan dapat majoriti macam mana pun tetapi dia tidak begitu besar sebab itu semua ada ‘fighting chance’ cuma ada strategi masing-masing untuk memastikan pengundi itu keluar untuk mengundi.

“PKR pun ada strategi tersendiri yang kita sedang lakukan sekarang. Jadi atas dasar itu saya rasa kita ada peluang yang baik untuk zon utara sekurang-kurangnya dapat beberapa kerusi dan dengan itu menambah lagi di zon selatan dan tengah,” jelasnya.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my




Sidang media calon PKR PRN Johor bagi DUN Buloh Kasap, Pemanis, Gambir, Sg Balang dan Sri Medan bersama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh di Sg Balang, Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Fahiz Ariff.

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #Manifesto #PRNJohor #SinarHarian

" />